Thursday, 1 December 2016

E-DAGANG


Image result for E-DAGANG



1.0       PENGENALAN
            Teknologi komputer yang diperkenalkan kepada kita banyak mengubah corak dan gaya hidup manusia. Pada masa kini aplikasi komputer menjadi medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pada tanggal 28 Oktober 1969, manusia telah mengalami satu era transformasi yang memberi impak kepada pertumbuhan negara terutama pertumbuhan ekonomi amnya. Kini dengan adanya teknologi seperti internet menjadikan sesebuah perniagaan lebih kukuh dan peka terhadap perubahan sekeliling seperti contoh perubahan naik atau turun nilai mata wang dunia khususnya.
            Merujuk kepada wikipedia perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang atau dalam Bahasa Inggeris iaitu Electronic Commerce (e-commerce) lebih merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatas dan insfrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi. Hal ini dapat di buktikan bahawa terdapat peningkatan jumlah urus niaga dalam perdagangan elektronik di seluruh dunia. Sebagai contoh, perniagaan di barat telah diluaskan penggunaan e-dagang itu sendiri dan penggunaan e-dagang banyak dipelopori oleh syarikat-syarikat antarabangsa dalam menembusi pasaran global.

2.0       KONSEP E-DAGANG
            Istilah e-dagang boleh dijelaskan melalui beberapa sudut pandangan. Melalui konteks yang luas dan umum ia dilihat sebagai bentuk atau cara pelaksanaan perniagaan secara elektronik. Manakala dari konteks yang lebih sempit, ia boleh dirujuk sebagai satu transaksi perniagaan atau perdagangan secara elektronik (David McGeachie 1999).
Namun terdapat perbezaan diantara e-dagang dengan e-niaga walaupun prinsipnya hampir sama. E-niaga merujuk kepada rundingan perniagaan melalui internet manakala e-dagang merupakan urus niaga melalui internet (Mohd. Rafee Yusoff 2000). Jadi e-niaga adalah lebih umum berbanding e-dagang. Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mendefinisikan e-dagang sebagai penghasilan, pengiklanan, jualan dan agihan barangan melalui jaringan telekomunikasi. Taksiran ini ternyata melihat e-dagang dalam konteks yang umum. Microsoft pula lebih cenderung melihat e-dagang dalam konteks yang lebih sempit apabila mereka mendefinisikan e-dagang sebagai pertukaran barangan dan perkhidmatan untuk nilai tertentu melalui internet (ibid).
Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki pertubuhan atau pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti. Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam talian) ternyata amat murah dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.
Dapat disimpulkan di sini, e-dagang daripada konteks yang lebih khusus mengikut Microsoft merupakan transaksi perdagangan secara elektronik yang menggunakan media internet. Terkeluar di sini transaksi perdagangan melalui peralatan telekomukasi yang lain seperti telefon, faksimili atau seumpamanya yang tidak menggunakan media internet walaupun ia peralatan elektronik.

3.0       SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
            Pelbagai kefahaman dan tafsiran daripada setiap lapisan masyarakat  tentang istilah E-dagang. Pada tahun 1994 telah diperkenalkan satu transformasi dalam dunia perniagaan iaitu E-dagang. Banyak persoalan yang telah bermain di pemikiran masyarakat dunia berhubung e-dagang. Pada awalnya, perdagangan elektronik ini lebih digunakan untuk mengirim dokumen komersil seperti pesanan pembelian atau invois secara elektronik atau lebih dikenali sebagai World Wide Web (WWW).
            Walau demikian, masih terdapat beberapa pengertian yang berbeza mengenai sejarah e-dagang ini. Menurut pandangan Kalakota dan Whinston (1997), dalam buku M. Suyanto, (2003) menjelaskan e-dagang adalah satu perspektif komunikasi, perspektif perkhidmatan atau servis dan juga proses perniagaan atas talian yang juga dipanggil online. Dapat dilihat pelbagai pandangan dan takrifan mengenai sejarah e-dagang dalam dunia global masa ini. Mengikut sejarah, pada tahun 1997, e-dagang dibangunkan oleh Syarikat International Business Machines (IBM) yang menjadikan penggunaan e-dagang popular sehingga masa kini (Chaffey, 2007).
E-dagang ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui penggunaan medium teknologi maklumat (IT). Hal ini menerangkan bahawa penggunaan IT dalam perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan perniagaan secara tradisional. Selain itu, ia juga menjadi sebuah platform ruang perniagaan yang luas bagi mempercepakan dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna mahupun urusan jual beli. Secara terperinci e-dagang meliputi pelbagai jenis perniagaan, daripada pengguna laman berasaskan runcit, melalui laman web lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan perdagangan bursa dan perkhidmatan antara syarikat.
Dalam masa terdekat sempadan antara "konvensional" dan "elektronik" e-dagang akan menjadi semakin kabur sebagai perniagaan yang lebih banyak dan lebih banyak menggerakkan bahagian operasi mereka ke dalam Internet.
Perniagaan ke Perniagaan atau B2B merujuk kepada perdagangan elektronik antara perniagaan dan bukannya antara perniagaan dan pengguna. Perniagaan B2B sering berurusan dengan beratus-ratus atau beribu-ribu perniagaan yang lain, sama ada sebagai pelanggan atau pembekal. Menjalankan urus niaga ini secara elektronik menyediakan kelebihan daya saing yang besar ke atas kaedah tradisional. Apabila dilaksanakan dengan betul, e-dagang sering cepat, murah dan lebih mudah daripada kaedah tradisional untuk sistem tukaran barang atau sistem barter barangan dan perkhidmatan.
Transaksi elektronik telah wujud sekian lama dalam bentuk Elektronik Data Interchange atau EDI. EDI memerlukan setiap pembekal dan pelanggan untuk menubuhkan hubungan data khusus (antara mereka), di mana e-dagang menyediakan kaedah yang kos efektif untuk syarikat-syarikat untuk menubuhkan pelbagai, ad-hoc link.Perdagangan elektronik juga telah membawa kepada pembangunan pasar elektronik di mana pembekal dan pelanggan-pelanggan yang berpotensi dibawa bersama-sama untuk menjalankan perdagangan yang saling menguntungkan.
Sebagai contoh jalan untuk mewujudkan sebuah kedai online yang berjaya boleh menjadi sukar jika tidak sedar tentang e-dagang prinsip-prinsip dan apa yang e-dagang sepatutnya lakukan untuk perniagaan online anda dan menjdikan perniagaan anda bertambah maju dan dikenali ramai. Menyelidik dan memahami garis panduan yang diperlukan untuk melaksanakan pelan e-perniagaan adalah bahagian terpenting untuk menjadi berjaya dengan bangunan kedai dalam talian.
            Pada masa kini, e-dagang menjadi aliran utama bagi pelancaran sesuatu perniagaan untuk urusan jual beli dan perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynold, 2004). E-dagangan bukan sahaja kaedah pengedaran barang atau perkhidmatan menerusi elektronik, tetapi juga sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang mana bukan hanya untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, tetapi juga untuk proses pembelian sesuatu barangan yang ditawarkan pelbagai organisasi. Menurut Hanson, (2000) perniagaan dan transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan dalam internet melonjak tinggi akibat peningkatan penggunaan internet masa kini. E-dagang sememangnya banyak menonjolkan aktiviti seperti pertukaran dengan perniagaan yang lain khususnya digunakan sesebuah syarikat dalam menyokong urusan pembelian, penjualan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman sesawang.
Malaysia adalah di antara sebuah negara membangun yang mempunyai kapasiti jumlah kepadatan penduduk seramai 24 juta orang. Dahulunya ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi pertanian sahaja tetapi kini Malaysia di antara negara-negara yang membangun sejajar pasaran ekonomi dunia. Perubahan yang di alami Malaysia kini dapat dilihat melalui pertumbuhan ekonomi iaitu sebanyak 5.6% pada suku pertama tahun 2015. Perbelanjaan sektor swasta terhadap pengeksportan telah memangkin pertumbuhan penggunaan e-dangan itu sendiri.

4.0       KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
            Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan kepada usahawan-usahawan di Malaysia dalam penggunaan e-dagang. Tidak dinafikan sendiri bahawa penggunaan teknologi itu sendiri memainkan peranan penting dalam sektor perdagangan mudah alih di Malaysia. Sehubungan dengan itu dapat di lihat statistik penggunaan internet di Malaysia sendiri berkembang dengan pesat. Mengikut berita Harian Metro bertarikh 22 Januari 2014 sendiri mejelaskan bahawa sebanyak 143.4 peratus penembusan pengguna mudah alih dan 61 peratus pengguna internet, jalur lebar pula sekitar 21.7 peratus dan lebih menarik sekali kini e-dagang telah meningkat sebanyak 2.4 peratus sendiri pada tahun 2016.
Melalui Bajet 2017, e-dagang dinyata sebagai hasrat dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing. Ia juga di harap sebagai satu platform di mana sebagai langkah khusus dalam mengurangkan aliran keluar tunai dan mengekalkan syarikat yang baru dalam meneruskan ekosistem dalam talian dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. (Berita harian)
            Selain itu, dapat dilihatkan bahawa banyak perniagaan dapat dijalankan walaupon tidak mempunyai premis perniagaan yang besar atau bilangan pekerja yang mencukupi. Apabila seseorang peniaga mempunyai sesebuah kelengkapan IT yang lengkap seperti komputer, modem serta talian telefon yang membolehkan mengekses kepada internet, maka produk serta perkhidmatan boleh diiklankan secara maya. Dengan wujudnya laman sesawang sedemikian, ia membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya perantaraan menerusi internet sahaja. Justeru itu, ianya sudah pasti akan dapat mengurangkan kos dari segi logistik dan pengurusan, selain mampu meningkatkan hasil jualan yang lebih menguntungkan. Ianya turut meningkatkan jumlah pelanggan atau pembeli bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Hal ini membolehkan jutaan pengguna untuk mengunjungi iklan tersebut dan membuat pemilihan terhadap produk yang bersesuaian dengan kehendak pengguna itu sendiri
            Dalam bidang perniagaan, strategi sesebuah perniagaan adalah sangat penting untuk memastikan perniagaan kita sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan kedudukan kita sentiasa kekal di dalam bidang perniagaan. Oleh itu, peniaga masa kini tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menggunakan sebaiknya kemudahan teknologi yang ada. Ternyata e-dagang mempunyai pontensi besar untuk mengembangkan perniagaan.
             Kini dapat dilihatkan bahawa e-dagang menggunakan teknologi internet sebagai platform utama perkembangannya. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet, ini membuktikan pasaran yang luas membolehkan produk dipasarkan diseluruh dunia. Inilah kelebihan pasaran bagi e-dagang dalam usaha untuk membawa produk ke pasaran antarabangsa bukan lagi terhad kepada organisasi besar malah termasuk organisasi kecil dan sederhana (IKS) dan orang perseorangan.
            Perkembangan dunia ekonomi digital telah mendorong banyak syarikat tempatan dan luar negara membangunkan e-dagang itu sendiri. Terdapat peluang yang tinggi untuk berinteraksi dengan sektor korperat dan antarabangsa dapat di lakukan dengan penggunaan e-dagang itu sendiri. Usaha ini dapat dilihat sangat bertepatan bagi menggalakkan golongan peniaga melibatkan diri dalam persekitaran perniagaan secara digital. Peningkatan ini akan menambah peluang perniagaan dan pelaburan antarabangsa seterusnya meningkatkan nilai matawang Malaysia di mata dunia.

5.0       TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Dari segi tahap penggunaan e-dagang di Malaysia bermula pihak kerajaan Malaysia telah menubuhkan badan yang memberi kelebihan dalam penggunaan Internet. Pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia melancarkan kesemua perkhidmatan awam mengunakan sistem on-line atau talian internet untuk urusan ramsi mahupun urusan perniagaan. Pendekatan ini telah dibuat setelah melihat perkembangan penggunaan aplikasi menerusi On-line tersebut telah berkembang dengan lebih pesat di beberapa negara dan pihak kerajaan telah menjadikan ini sebagai satu peluang keemasan. Hasil kajian menunjukkan Negara Malaysia berada di tanggan ke-33 daripada 64 negara yang terlibat penggunaan e-dagang.
Kajian berkenaan adalah bagi mengukurkan kepatuhan seperti telah disarankan oleh Kerajaan Malaysia dalam pasaran dengan menggunakan peluang berasaskan perkhidmatan Internet mahupun dipanggil e-dagang. Sasaran telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan perkhidmatan berasaskan e-dagang diterima pakai dan seterusnya disesuaikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.Terdapat beberapa syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi menerusi e-dagang ini dengan cara atau kaedah yang disarankan seperti kewujudan laman sesawang untuk memudahkan urusan perniagaan, perkongsian maklumat dan sebagainya.
Pihak kerajaan Malaysia giat meneruskan usaha ini dengan beberapa agensi dan kementerian sendiri telah menjadikan perintis kepada perkembangan dan pengunaan aplikasi e-dagang dengan membekalkan seberapa banyak dana dan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan aplikasi ini berjaya membuahkan hasil pada masa hadapan.Antara pihak kementerian dan agensi yang terlibat adalah seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS), telah melancarkan satu program dengan terbitan E-dagang iaitu AgriBazzar.com pada tahun 2004.
Setelah wujud E-dagang, ianya membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya perantaraan menerusi Internet. Ia dapat mengurakan kos dari segi logistik dan pengurusan. Jumlah penggunaan e-dagang juga turut meningkat dan hasil kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati bahawa jumlah penguna e-dagang telah meningkat secara mendadak kepada 40 peratus pada tahun 2010. Dengan ini memacu ekonomi negara dengan lebih pesat sejajar  dengan saranan pihak kerajaan untuk mencapai nilai ekonomi yang tinggi berasaskan pengatahuan. MIMOS merupakan perintis kepada wujud internet di Malaysia dengan perkenalkan Rangkaian Komputer Malaysia pada tahun 1987.
Penggunaan Internet dikembangkan dari segi infrastruktur dan penggunanya sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Penggunaan Internet semamangnya satu fenomena peningkatan yang luar biasa mengatasi elektronik yang lain. Penggunaan e-dagang menerusi internet di Malaysia telah mencatat 17 juta orang dan ia amatlah memberangsang. Peningkatan ini telah menunjukkan bahawa ramai pihak mewujudkan E-dagang tidak kira syarikat kecil-kecilan hingga industri mega.
E-dagang juga dilihat menjadikan kayu pengukur dan menjadi manifestasi kepada banyak perkembangan dari segi pembangunan dan ianya juga merupakan pengerak kepada perubahan dan pembaharuan yang mana bukan sahaja ke atas infrastruktur, malah terhadap aplikasi penguna perkhidmatan dan inovasi teknologi. Pada tahun 2010 bilangan pengguna Internet melepasi 2 bilion dimana jumlah tersebut daripada Negara yang sedang membangun termasuk Malaysia. Sejajar dengan perkembangan tersebut, merancakkan lagi pengunaan aktiviti e-dagang. Hal demikian kerana dengan peningkatan jumlah pengunaan Internet, potensi e-dagang akan berkembang dengan lebih pesat.

6.0       CABARAN / HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
Menurut CyberSecurity Malaysia, e-perniagaan mula berkembang di negara ini sebelum tahun 2009. Namun, kerana masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah itu, mereka hanya mula menerima kemudahan teknologi e-perniagaan sekitar tahun 2010 dan semakin pesat pada tahun ini. Oleh kerana, sistem perniagaan e-perdagangan itu masih baharu maka pengguna Internet di negara ini begitu teruja untuk mencubanya sedangkan ketika mula-mula muncul, tidak ramai yang sedar tentang risikonya. Dalam melaksanakan sesebuah teknologi semestinya memiliki cabaran dan juga rintangan dalam mencapai kejayaan ataupun sebaliknya.
Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini terutamanya apabila ianya melibatkan proses menerima dan mengguna sesebuah teknologi baru ke dalam urusan kerja dan juga aktiviti harian masyarakat setempat. Teknologi baru seperti e-dagang ini memerlukan perkembangan yang terancang dan juga teratur. Hal ini adalah untuk memastikan ianya dapat diterima pakai oleh semua penduduk sebagai sebahagian daripada aktiviti seharian. Perlaksanaan sesebuah teknologi yang baru ini amat bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengoperasian teknologi tersebut agar semua pihak dapat memanfaatkannya dan akhirnya dapat mencapai kejayaan dalam penggunaan sesebuah teknologi yang diingini.
Permasalahan ke dua ialah e-dagang merupakan sebuah teknologi baru yang tidak terlepas daripada cabaran yang ditempuh dalam usaha untuk dikembangkan serta digunapakai oleh orang ramai. Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan di seluruh dunia. Tidak semua golongan masyarakat dapat menyambut baik teknologi baru yang diperkenalkan. Terdapat sebahagian yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang ini untuk urusan kerja dan juga aktiviti seharian. Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun turut mengalami perkembangan yang rendah berhubung dalam sistem e-dagang ini.
Kebanyakkan organisasi yang menawarkan perkhidmatan ini kepada para pelanggan masih lagi berada di peringkat awal. Organisasi - organisasi ini memerlukan lebih banyak masa untuk diterimaguna sepenuhnya. Tidak semua organisasi cenderung untuk menerima guna sistem e-dagang ini (Mehrtens, Cragg dan Mills , 2001). Cabaran yang dihadapi oleh sistem e-dagang diperingkat awalan ini pasti akan membantutkan perkembangannya pada masa hadapan. Sekiranya terdapat pihak organisasi yang kurang mengambil inisiatif terhadap perkembangan sistem e-dagang ini, maka perkembangan dan juga penggunaan e-dagang juga akan turut menjadi perlahan. 
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh sistem e-dagang di luar negara juga turut memberikan kesan sedikit sebanyak terhadap perkembangan e-dagang di Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia amat sukar untuk menerima terus sesebuah teknologi baru tanpa adanya sebarang bukti atau pun perkembangan yang positif daripada negara luar tentang kejayaan sesebuah teknologi baru yang digunapakai. Hasil kajian mendapati para penggguna lebih gemar untuk melakukan urusan pembelian di pasaraya dan kedai berbanding dengan membeli di internet ataupun secara atas talian. Selain itu juga, para pengguna juga turut berasa kurang yakin serta risau terhadap sistem keselamatan yang digunakan oleh e-dagang. Oleh hal yang demikian, ianya menjadi cabaran buat perkembangan e-dagang di Malaysia.  
Seterusnya pengguna sukar untuk membuktikan penipuan online dan mendapatkan semula wang pendahuluan, dan agak sukar juga untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya sekiranya berlaku pertikaian dan urusan jual beli secara online. Diantara salah satu bentuk penipuan yang dikesan dilakukan oleh penjenayah E- Dagang ialah penjual menipu pembeli dengan mengiklankan jualan barang di Internet dengan harga menarik. Setelah pembeli membuat pembayaran, barang tidak diterima langsung. Bentuk penipuan lain ialah pembeli menipu penjual dengan cara membeli barangan secara online di laman e-perniagaan yang sah tetapi bayaran dibuat dengan menggunakan maklumat kad kredit seperti nombor kad kredit yang dicuri atau kad kredit yang diklon. (Utusan Online)
            Selain itu, terdapat juga cabaran dan halangan dalam e-dagang adalah tidak wujud interaksi secara langsung. Pelanggan atau pengguna yang mahu melakukan pembelian hanya boleh memperolehi maklumat dengan pembacaan di skrin komputer dan tablet, namun bukannya interaksi secara langusng dengan penjual. Perkara yang sering berlaku dan mencabar peniaga adalah terdapat individu dan sesiapa sahaja yang boleh membina laman sesawang sendiri dan mendaftar dengan nama yang dominan. Disebabkan itu, amat sukar bagi para pembeli untuk membuat perbezaan sama ada sesuatu laman web itu sah atau palsu semata-mata.
Cabaran dan halangan lain adalah yang mana segala maklumat yang dipaparkan juga disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Sebarang maklumat yang tercatat dan terkandung pada laman web boleh diubahsuai sewenang-wenangnya. Secara realitinya, pembekal yang sememangnya melakukan perniagaan secara e-dagang ini haruslah berhati-hati bagi mengekalkan mutu perkhidmatannya dan pengguna Internet di Malaysia perlu memanfaatkan sistem melalui kaedah pengesahan daripada pihak ketiga iaitu organisasi bebas yang diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menilai dan memantau pemilik e-perniagaan tersebut.Terdapat banyak rintangan dan juga halangan yang di hadapi dalam usaha untuk melaksanakan penggunaan e-dagang banyak dibahas dan juga turut dijadikan sebagai subjek kajian oleh para penyelidik. Di Malaysia terdapat beberapa halangan dan cabaran yang dikenalpasti sebagai halangan dalam melaksanakan e-dagang secara keseluruhannya. Halangan yang dimaksudkan ini adalah seperti faktor sosio ekonomi, isu kebudayaan dan juga isu e-kesediaan
Cabaran yang seterusnya ialah e-dagang ini merupakan salah satu aplikasi perdana yang diberikan penekanan oleh pihak kerajaan untuk diperkembangkan dan juga diperluaskan penggunaannya di kalangan penduduk setempat. Pihak kerajaan sedar akan kepentingan perkembangan tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah mengeluarkan peruntukkan yang besar dalam RMK-8 dan juga RMK-9 serta RMK-10. Di samping itu juga, frasarana dan juga infrastruktur giat dibangunkan bagi memudahkan urusan perlaksanaan menyeluruh ke segenap tempat dan juga kawasan. Kemudahan yang disediakan ini hanyalah suatu pembaziran sahaja sekiranya ianya tidak dimanfaatkan dan tidak digunakan semaksimum yang mungkin oleh setiap masyarakat.
7.0       FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
            Terdapat banyak kebaikan yang dapat dimanfaatkan dalam penggunaan e-dagang berbanding perniagaan tradisional. Melalui rangkaian internet yang dapat dicapai secara global, penjualan sesuatu produk dan perkhidmatan dapat diberikan kepada ramai pelanggan. Tambahan pula, tidak kira sama ada perusahaan besar atau perusahaan kecil dapat berhubung dengan pelanggan yang berada jauh daripada pusat perniagaan tersebut. Antara faktor yang mendorong penggunaan e-Dagang adalah kerana e-dagang bersifat global.
            Oleh kerana e-Dagang merupakan sebuah perniagaan yang bersifat global dan tidak mempunyai sempadan, sebarang bentuk perniagaan akan dapat memberi manfaat sama ada kepada pengusaha mau pun kepada pengguna. Pengusaha dapat meluaskan pasaran ke seluruh dunia manakala pengguna dapat memilih produk dan perkhidmatan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Masyarakat umumnya sedia maklum bahawa e-dagang membolehkan pembeli untuk membandingkan produk dan harga yang ditawarkan oleh pesaing, yang mana ini secara tidak langsung telah mewujudkan monopoli dalam kalangan pembeli (Jahanshahi et al., 2013).
Faktor yang seterusnya ialah e-Dagang menjimatkan masa. Melalui capaian yang dilakukan secara atas talian dapat menjimatkan masa. Ini adalah kerana e-Dagang memainkan peranan unik di dalam pembangunan PKS memandangkan pelanggan tidak perlu hadir ke kedai ataupun tempat perniagaan PKS untuk membuat pembelian barang sekadar dengan menggunakan internet sahaja. (Azilahwati, Syaharizad, dan Nurazlen, 2014).

            Pelanggan dan Pengguna dapat membuat perbandingan kualiti, harga dan tawaran yang menarik dengan hanya mencapai ke pelbagai laman web yang dikehendaki. Pelanggan dapat membuat semakan sebelum membuat sebarang pembelian dengan melihat kepada ulasan pembeli yang sebelumnya di rungan komen yang disediakan. Dengan cara ini, pelanggan lebih berhati-hati agar tidak membelanjakan wang mereka dengan sesuka hati. Ruangan komen yang disediakan amat penting bagi mengelakkan pelanggan ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

8.0       KESIMPULAN
            Secara keseluruhnya, e-dagang adalah landasan perniagaan melalui Internet yang membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan masyarakat peniaga dan pengguna pada abad ini. Melalui e-dagang, peniaga mempunyai peluang untuk memperolehi maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang berada di pasaran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi pemasaran melalui laman web perlulah mempunya unsur fleksibel memandangkan perubahan pasaran yang sentiasa berubah-ubah dan sukar diramalkan.
Selain itu, konsep perniagaan e-dagang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Perniagaan yang berlandaskan kepada perkembangan pesat dalam industri teknologi maklumat ini telah memberikan impak yang cukup baik terhadap perkembangan pesat dalam bidang perniagaan. Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun untuk berkembang.
Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan sektor awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakkan kekeliruan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Peningkatan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan dan peningkatan penggunaan aplikasi e-dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Disamping itu juga, perdagangan ini mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Melalui e-dagang ini juga akan memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian, para peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang.

9.0       BIBLIOGRAFI
1.    Berita e-dagang dalam Bajet 2017
2.    E-Dagang: Kebaikan Dan Cabaran
3.    Contoh blog di akses pada 19 November 2016
4.    Bernama, 29 Jun 2015
E-Dagang : Satu konsep perniagaan baru. ( 2013 )
5.    Perdagangan Elektronik. Diakses pada 19 November 2016, daripada
6.    Berita Harian, 23 Mac : 10.
E-Dagang dan perniagaan melalui internet. ( 2006)






10.0    LAMPIRAN

Contoh Sistem e-dagang

Image result for E-DAGANG



Image result for E-DAGANG

Image result for E-DAGANG