Teknologi komputer yang
diperkenalkan kepada kita banyak mengubah corak dan gaya hidup manusia. Pada
masa kini aplikasi komputer menjadi medium yang sangat penting dalam kehidupan
seharian kita. Pada tanggal 28 Oktober 1969, manusia telah mengalami satu era
transformasi yang memberi impak kepada pertumbuhan negara terutama pertumbuhan
ekonomi amnya. Kini dengan adanya teknologi seperti internet menjadikan
sesebuah perniagaan lebih kukuh dan peka terhadap perubahan sekeliling seperti
contoh perubahan naik atau turun nilai mata wang dunia khususnya.
Merujuk kepada wikipedia perdagangan
elektronik atau dikenali sebagai e-dagang atau dalam Bahasa Inggeris iaitu
Electronic Commerce (e-commerce) lebih merujuk kepada perniagaan atau
perdagangan yang menggunakan peralatas dan insfrastruktur teknologi komunikasi
dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi. Hal ini
dapat di buktikan bahawa terdapat peningkatan jumlah urus niaga dalam
perdagangan elektronik di seluruh dunia. Sebagai contoh, perniagaan di barat
telah diluaskan penggunaan e-dagang itu sendiri dan penggunaan e-dagang banyak
dipelopori oleh syarikat-syarikat antarabangsa dalam menembusi pasaran global.
2.0 KONSEP E-DAGANG
Istilah e-dagang boleh dijelaskan
melalui beberapa sudut pandangan. Melalui konteks yang luas dan umum ia dilihat
sebagai bentuk atau cara pelaksanaan perniagaan secara elektronik. Manakala
dari konteks yang lebih sempit, ia boleh dirujuk sebagai satu transaksi perniagaan
atau perdagangan secara elektronik (David McGeachie 1999).
Namun
terdapat perbezaan diantara e-dagang dengan e-niaga walaupun prinsipnya hampir
sama. E-niaga merujuk kepada rundingan perniagaan melalui internet manakala
e-dagang merupakan urus niaga melalui internet (Mohd. Rafee Yusoff 2000). Jadi
e-niaga adalah lebih umum berbanding e-dagang. Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO) mendefinisikan e-dagang sebagai penghasilan, pengiklanan, jualan dan
agihan barangan melalui jaringan telekomunikasi. Taksiran ini ternyata melihat
e-dagang dalam konteks yang umum. Microsoft pula lebih cenderung melihat
e-dagang dalam konteks yang lebih sempit apabila mereka mendefinisikan e-dagang
sebagai pertukaran barangan dan perkhidmatan untuk nilai tertentu melalui internet
(ibid).
Melalui
konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh
memiliki pertubuhan atau pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran
perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa
henti. Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam
talian) ternyata amat murah dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran
yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan keperluan kepada
pengaliran wang tunai.
Dapat
disimpulkan di sini, e-dagang daripada konteks yang lebih khusus mengikut
Microsoft merupakan transaksi perdagangan secara elektronik yang menggunakan
media internet. Terkeluar di sini transaksi perdagangan melalui peralatan
telekomukasi yang lain seperti telefon, faksimili atau seumpamanya yang tidak
menggunakan media internet walaupun ia peralatan elektronik.
3.0 SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
Pelbagai kefahaman dan tafsiran
daripada setiap lapisan masyarakat
tentang istilah E-dagang. Pada tahun 1994 telah diperkenalkan satu
transformasi dalam dunia perniagaan iaitu E-dagang. Banyak persoalan yang telah
bermain di pemikiran masyarakat dunia berhubung e-dagang. Pada awalnya,
perdagangan elektronik ini lebih digunakan untuk mengirim dokumen komersil
seperti pesanan pembelian atau invois secara elektronik atau lebih dikenali
sebagai World Wide Web (WWW).
Walau demikian, masih terdapat
beberapa pengertian yang berbeza mengenai sejarah e-dagang ini. Menurut
pandangan Kalakota dan Whinston (1997), dalam buku M. Suyanto, (2003)
menjelaskan e-dagang adalah satu perspektif komunikasi, perspektif perkhidmatan
atau servis dan juga proses perniagaan atas talian yang juga dipanggil online.
Dapat dilihat pelbagai pandangan dan takrifan mengenai sejarah e-dagang dalam
dunia global masa ini. Mengikut sejarah, pada tahun 1997, e-dagang dibangunkan
oleh Syarikat International Business Machines (IBM) yang menjadikan penggunaan
e-dagang popular sehingga masa kini (Chaffey, 2007).
E-dagang
ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui penggunaan medium
teknologi maklumat (IT). Hal ini menerangkan bahawa penggunaan IT dalam
perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan perniagaan secara
tradisional. Selain itu, ia juga menjadi sebuah platform ruang perniagaan yang
luas bagi mempercepakan dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya
melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna
mahupun urusan jual beli. Secara terperinci e-dagang meliputi pelbagai jenis
perniagaan, daripada pengguna laman berasaskan runcit, melalui laman web
lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan perdagangan bursa dan
perkhidmatan antara syarikat.
Dalam
masa terdekat sempadan antara "konvensional" dan
"elektronik" e-dagang akan menjadi semakin kabur sebagai perniagaan
yang lebih banyak dan lebih banyak menggerakkan bahagian operasi mereka ke
dalam Internet.
Perniagaan ke Perniagaan atau B2B merujuk kepada perdagangan elektronik antara perniagaan dan bukannya antara perniagaan dan pengguna. Perniagaan B2B sering berurusan dengan beratus-ratus atau beribu-ribu perniagaan yang lain, sama ada sebagai pelanggan atau pembekal. Menjalankan urus niaga ini secara elektronik menyediakan kelebihan daya saing yang besar ke atas kaedah tradisional. Apabila dilaksanakan dengan betul, e-dagang sering cepat, murah dan lebih mudah daripada kaedah tradisional untuk sistem tukaran barang atau sistem barter barangan dan perkhidmatan.
Perniagaan ke Perniagaan atau B2B merujuk kepada perdagangan elektronik antara perniagaan dan bukannya antara perniagaan dan pengguna. Perniagaan B2B sering berurusan dengan beratus-ratus atau beribu-ribu perniagaan yang lain, sama ada sebagai pelanggan atau pembekal. Menjalankan urus niaga ini secara elektronik menyediakan kelebihan daya saing yang besar ke atas kaedah tradisional. Apabila dilaksanakan dengan betul, e-dagang sering cepat, murah dan lebih mudah daripada kaedah tradisional untuk sistem tukaran barang atau sistem barter barangan dan perkhidmatan.
Transaksi
elektronik telah wujud sekian lama dalam bentuk Elektronik Data Interchange
atau EDI. EDI memerlukan setiap pembekal dan pelanggan untuk menubuhkan
hubungan data khusus (antara mereka), di mana e-dagang menyediakan kaedah yang
kos efektif untuk syarikat-syarikat untuk menubuhkan pelbagai, ad-hoc
link.Perdagangan elektronik juga telah membawa kepada pembangunan pasar
elektronik di mana pembekal dan pelanggan-pelanggan yang berpotensi dibawa bersama-sama
untuk menjalankan perdagangan yang saling menguntungkan.
Sebagai
contoh jalan untuk mewujudkan sebuah kedai online yang berjaya boleh menjadi
sukar jika tidak sedar tentang e-dagang prinsip-prinsip dan apa yang e-dagang
sepatutnya lakukan untuk perniagaan online anda dan menjdikan perniagaan anda
bertambah maju dan dikenali ramai. Menyelidik dan memahami garis panduan
yang diperlukan untuk melaksanakan pelan e-perniagaan adalah bahagian
terpenting untuk menjadi berjaya dengan bangunan kedai dalam talian.
Pada masa kini, e-dagang menjadi
aliran utama bagi pelancaran sesuatu perniagaan untuk urusan jual beli dan
perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynold, 2004). E-dagangan bukan
sahaja kaedah pengedaran barang atau perkhidmatan menerusi elektronik, tetapi
juga sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang mana bukan hanya
untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, tetapi juga untuk proses pembelian
sesuatu barangan yang ditawarkan pelbagai organisasi. Menurut Hanson, (2000)
perniagaan dan transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan dalam internet
melonjak tinggi akibat peningkatan penggunaan internet masa kini. E-dagang
sememangnya banyak menonjolkan aktiviti seperti pertukaran dengan perniagaan
yang lain khususnya digunakan sesebuah syarikat dalam menyokong urusan
pembelian, penjualan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman sesawang.
Malaysia
adalah di antara sebuah negara membangun yang mempunyai kapasiti jumlah
kepadatan penduduk seramai 24 juta orang. Dahulunya ekonomi Malaysia adalah
berasaskan ekonomi pertanian sahaja tetapi kini Malaysia di antara
negara-negara yang membangun sejajar pasaran ekonomi dunia. Perubahan yang di
alami Malaysia kini dapat dilihat melalui pertumbuhan ekonomi iaitu sebanyak
5.6% pada suku pertama tahun 2015. Perbelanjaan sektor swasta terhadap
pengeksportan telah memangkin pertumbuhan penggunaan e-dangan itu sendiri.
4.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan
kepada usahawan-usahawan di Malaysia dalam penggunaan e-dagang. Tidak dinafikan
sendiri bahawa penggunaan teknologi itu sendiri memainkan peranan penting dalam
sektor perdagangan mudah alih di Malaysia. Sehubungan dengan itu dapat di lihat
statistik penggunaan internet di Malaysia sendiri berkembang dengan pesat.
Mengikut berita Harian Metro bertarikh 22 Januari 2014 sendiri mejelaskan
bahawa sebanyak 143.4 peratus penembusan pengguna mudah alih dan 61 peratus
pengguna internet, jalur lebar pula sekitar 21.7 peratus dan lebih menarik
sekali kini e-dagang telah meningkat sebanyak 2.4 peratus sendiri pada tahun
2016.
Melalui
Bajet 2017, e-dagang dinyata sebagai hasrat dalam mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi yang berdaya saing. Ia juga di harap sebagai satu platform di mana
sebagai langkah khusus dalam mengurangkan aliran keluar tunai dan mengekalkan
syarikat yang baru dalam meneruskan ekosistem dalam talian dan seterusnya
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. (Berita harian)
Selain itu, dapat dilihatkan bahawa
banyak perniagaan dapat dijalankan walaupon tidak mempunyai premis perniagaan
yang besar atau bilangan pekerja yang mencukupi. Apabila seseorang peniaga
mempunyai sesebuah kelengkapan IT yang lengkap seperti komputer, modem serta
talian telefon yang membolehkan mengekses kepada internet, maka produk serta
perkhidmatan boleh diiklankan secara maya. Dengan wujudnya laman sesawang
sedemikian, ia membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya perantaraan
menerusi internet sahaja. Justeru itu, ianya sudah pasti akan dapat
mengurangkan kos dari segi logistik dan pengurusan, selain mampu meningkatkan
hasil jualan yang lebih menguntungkan. Ianya turut meningkatkan jumlah
pelanggan atau pembeli bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Hal ini membolehkan
jutaan pengguna untuk mengunjungi iklan tersebut dan membuat pemilihan terhadap
produk yang bersesuaian dengan kehendak pengguna itu sendiri
Dalam bidang perniagaan, strategi
sesebuah perniagaan adalah sangat penting untuk memastikan perniagaan kita sentiasa
mendapat permintaan daripada pelanggan dan kedudukan kita sentiasa kekal di
dalam bidang perniagaan. Oleh itu, peniaga masa kini tidak melepaskan peluang keemasan
ini dengan menggunakan sebaiknya kemudahan teknologi yang ada. Ternyata
e-dagang mempunyai pontensi besar untuk mengembangkan perniagaan.
Kini dapat dilihatkan bahawa e-dagang
menggunakan teknologi internet sebagai platform utama perkembangannya. Pada
masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta pengguna yang berdaftar dengan
JARING dan TMnet, ini membuktikan pasaran yang luas membolehkan produk
dipasarkan diseluruh dunia. Inilah kelebihan pasaran bagi e-dagang dalam usaha
untuk membawa produk ke pasaran antarabangsa bukan lagi terhad kepada
organisasi besar malah termasuk organisasi kecil dan sederhana (IKS) dan orang
perseorangan.
Perkembangan dunia ekonomi digital
telah mendorong banyak syarikat tempatan dan luar negara membangunkan e-dagang
itu sendiri. Terdapat peluang yang tinggi untuk berinteraksi dengan sektor
korperat dan antarabangsa dapat di lakukan dengan penggunaan e-dagang itu
sendiri. Usaha ini dapat dilihat sangat bertepatan bagi menggalakkan golongan
peniaga melibatkan diri dalam persekitaran perniagaan secara digital. Peningkatan
ini akan menambah peluang perniagaan dan pelaburan antarabangsa seterusnya
meningkatkan nilai matawang Malaysia di mata dunia.
5.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Dari
segi tahap penggunaan e-dagang di Malaysia bermula pihak kerajaan Malaysia
telah menubuhkan badan yang memberi kelebihan dalam penggunaan Internet. Pada
tahun 2006, Kerajaan Malaysia melancarkan kesemua perkhidmatan awam mengunakan
sistem on-line atau talian internet untuk urusan ramsi mahupun urusan
perniagaan. Pendekatan ini telah dibuat setelah melihat perkembangan penggunaan
aplikasi menerusi On-line tersebut telah berkembang dengan lebih pesat di
beberapa negara dan pihak kerajaan telah menjadikan ini sebagai satu peluang
keemasan. Hasil kajian menunjukkan Negara Malaysia berada di tanggan ke-33
daripada 64 negara yang terlibat penggunaan e-dagang.
Kajian
berkenaan adalah bagi mengukurkan kepatuhan seperti telah disarankan oleh
Kerajaan Malaysia dalam pasaran dengan menggunakan peluang berasaskan
perkhidmatan Internet mahupun dipanggil e-dagang. Sasaran telah diumumkan oleh
Kerajaan Malaysia bagi memastikan perkhidmatan berasaskan e-dagang diterima
pakai dan seterusnya disesuaikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pengguna.Terdapat beberapa syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi
menerusi e-dagang ini dengan cara atau kaedah yang disarankan seperti kewujudan
laman sesawang untuk memudahkan urusan perniagaan, perkongsian maklumat dan
sebagainya.
Pihak
kerajaan Malaysia giat meneruskan usaha ini dengan beberapa agensi dan
kementerian sendiri telah menjadikan perintis kepada perkembangan dan pengunaan
aplikasi e-dagang dengan membekalkan seberapa banyak dana dan kerjasama
pelbagai pihak bagi memastikan aplikasi ini berjaya membuahkan hasil pada
masa hadapan.Antara pihak kementerian dan agensi yang terlibat adalah seperti
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Institut Sistem
Mikroelektronik Malaysia (MIMOS), telah melancarkan satu program dengan
terbitan E-dagang iaitu AgriBazzar.com pada tahun 2004.
Setelah
wujud E-dagang, ianya membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya
perantaraan menerusi Internet. Ia dapat mengurakan kos dari segi logistik dan
pengurusan. Jumlah penggunaan e-dagang juga turut meningkat dan hasil kajian
oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati bahawa jumlah
penguna e-dagang telah meningkat secara mendadak kepada 40 peratus pada tahun
2010. Dengan ini memacu ekonomi negara dengan lebih pesat sejajar dengan saranan pihak kerajaan untuk mencapai
nilai ekonomi yang tinggi berasaskan pengatahuan. MIMOS merupakan perintis
kepada wujud internet di Malaysia dengan perkenalkan Rangkaian Komputer
Malaysia pada tahun 1987.
Penggunaan
Internet dikembangkan dari segi infrastruktur dan penggunanya sejajar dengan
keperluan dan kehendak semasa. Penggunaan Internet semamangnya satu fenomena
peningkatan yang luar biasa mengatasi elektronik yang lain. Penggunaan e-dagang
menerusi internet di Malaysia telah mencatat 17 juta orang dan ia amatlah
memberangsang. Peningkatan ini telah menunjukkan bahawa ramai pihak mewujudkan
E-dagang tidak kira syarikat kecil-kecilan hingga industri mega.
E-dagang
juga dilihat menjadikan kayu pengukur dan menjadi manifestasi kepada banyak
perkembangan dari segi pembangunan dan ianya juga merupakan pengerak kepada
perubahan dan pembaharuan yang mana bukan sahaja ke atas infrastruktur, malah
terhadap aplikasi penguna perkhidmatan dan inovasi teknologi. Pada tahun 2010
bilangan pengguna Internet melepasi 2 bilion dimana jumlah tersebut daripada
Negara yang sedang membangun termasuk Malaysia. Sejajar dengan perkembangan
tersebut, merancakkan lagi pengunaan aktiviti e-dagang. Hal demikian kerana
dengan peningkatan jumlah pengunaan Internet, potensi e-dagang akan berkembang
dengan lebih pesat.
6.0 CABARAN / HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
Menurut
CyberSecurity Malaysia, e-perniagaan mula berkembang di negara ini sebelum
tahun 2009. Namun, kerana masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dengan
keberkesanan kaedah itu, mereka hanya mula menerima kemudahan teknologi
e-perniagaan sekitar tahun 2010 dan semakin pesat pada tahun ini. Oleh kerana,
sistem perniagaan e-perdagangan itu masih baharu maka pengguna Internet di
negara ini begitu teruja untuk mencubanya sedangkan ketika mula-mula muncul,
tidak ramai yang sedar tentang risikonya. Dalam melaksanakan sesebuah teknologi
semestinya memiliki cabaran dan juga rintangan dalam mencapai kejayaan ataupun
sebaliknya.
Cabaran
dan rintangan yang dihadapi ini terutamanya apabila ianya melibatkan proses
menerima dan mengguna sesebuah teknologi baru ke dalam urusan kerja dan juga
aktiviti harian masyarakat setempat. Teknologi baru seperti e-dagang ini
memerlukan perkembangan yang terancang dan juga teratur. Hal ini adalah untuk
memastikan ianya dapat diterima pakai oleh semua penduduk sebagai sebahagian
daripada aktiviti seharian. Perlaksanaan sesebuah teknologi yang baru ini amat
bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengoperasian
teknologi tersebut agar semua pihak dapat memanfaatkannya dan akhirnya dapat
mencapai kejayaan dalam penggunaan sesebuah teknologi yang diingini.
Permasalahan
ke dua ialah e-dagang merupakan sebuah teknologi baru yang tidak terlepas
daripada cabaran yang ditempuh dalam usaha untuk dikembangkan serta digunapakai
oleh orang ramai. Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini bukan sahaja berlaku
di Malaysia malahan di seluruh dunia. Tidak semua golongan masyarakat dapat
menyambut baik teknologi baru yang diperkenalkan. Terdapat sebahagian yang
berminat untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang ini untuk urusan kerja dan
juga aktiviti seharian. Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang
sedang membangun turut mengalami perkembangan yang rendah berhubung dalam
sistem e-dagang ini.
Kebanyakkan
organisasi yang menawarkan perkhidmatan ini kepada para pelanggan masih lagi
berada di peringkat awal. Organisasi - organisasi ini memerlukan lebih banyak
masa untuk diterimaguna sepenuhnya. Tidak semua organisasi cenderung untuk
menerima guna sistem e-dagang ini (Mehrtens, Cragg dan Mills , 2001). Cabaran
yang dihadapi oleh sistem e-dagang diperingkat awalan ini pasti akan
membantutkan perkembangannya pada masa hadapan. Sekiranya terdapat pihak
organisasi yang kurang mengambil inisiatif terhadap perkembangan sistem
e-dagang ini, maka perkembangan dan juga penggunaan e-dagang juga akan turut
menjadi perlahan.
Selain
itu, cabaran yang dihadapi oleh sistem e-dagang di luar negara juga turut
memberikan kesan sedikit sebanyak terhadap perkembangan e-dagang di Malaysia.
Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia amat sukar untuk menerima terus
sesebuah teknologi baru tanpa adanya sebarang bukti atau pun perkembangan yang
positif daripada negara luar tentang kejayaan sesebuah teknologi baru yang
digunapakai. Hasil kajian mendapati para penggguna lebih gemar untuk melakukan
urusan pembelian di pasaraya dan kedai berbanding dengan membeli di internet
ataupun secara atas talian. Selain itu juga, para pengguna juga turut berasa
kurang yakin serta risau terhadap sistem keselamatan yang digunakan oleh
e-dagang. Oleh hal yang demikian, ianya menjadi cabaran buat perkembangan
e-dagang di Malaysia.
Seterusnya
pengguna sukar untuk membuktikan penipuan online dan mendapatkan semula wang
pendahuluan, dan agak sukar juga untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya
sekiranya berlaku pertikaian dan urusan jual beli secara online. Diantara salah
satu bentuk penipuan yang dikesan dilakukan oleh penjenayah E- Dagang ialah
penjual menipu pembeli dengan mengiklankan jualan barang di Internet dengan
harga menarik. Setelah pembeli membuat pembayaran, barang tidak diterima
langsung. Bentuk penipuan lain ialah pembeli menipu penjual dengan cara membeli
barangan secara online di laman e-perniagaan yang sah tetapi bayaran dibuat
dengan menggunakan maklumat kad kredit seperti nombor kad kredit yang dicuri
atau kad kredit yang diklon. (Utusan Online)
Selain itu, terdapat juga cabaran
dan halangan dalam e-dagang adalah tidak wujud interaksi secara langsung.
Pelanggan atau pengguna yang mahu melakukan pembelian hanya boleh memperolehi
maklumat dengan pembacaan di skrin komputer dan tablet, namun bukannya
interaksi secara langusng dengan penjual. Perkara yang sering berlaku dan
mencabar peniaga adalah terdapat individu dan sesiapa sahaja yang boleh membina
laman sesawang sendiri dan mendaftar dengan nama yang dominan. Disebabkan itu,
amat sukar bagi para pembeli untuk membuat perbezaan sama ada sesuatu laman web
itu sah atau palsu semata-mata.
Cabaran
dan halangan lain adalah yang mana segala maklumat yang dipaparkan juga
disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Sebarang maklumat yang tercatat dan
terkandung pada laman web boleh diubahsuai sewenang-wenangnya. Secara
realitinya, pembekal yang sememangnya melakukan perniagaan secara e-dagang ini
haruslah berhati-hati bagi mengekalkan mutu perkhidmatannya dan pengguna
Internet di Malaysia perlu memanfaatkan sistem melalui kaedah pengesahan
daripada pihak ketiga iaitu organisasi bebas yang diberi kepercayaan oleh
kerajaan untuk menilai dan memantau pemilik e-perniagaan tersebut.Terdapat
banyak rintangan dan juga halangan yang di hadapi dalam usaha untuk
melaksanakan penggunaan e-dagang banyak dibahas dan juga turut dijadikan
sebagai subjek kajian oleh para penyelidik. Di Malaysia terdapat beberapa
halangan dan cabaran yang dikenalpasti sebagai halangan dalam melaksanakan
e-dagang secara keseluruhannya. Halangan yang dimaksudkan ini adalah seperti
faktor sosio ekonomi, isu kebudayaan dan juga isu e-kesediaan
Cabaran
yang seterusnya ialah e-dagang ini merupakan salah satu aplikasi perdana yang
diberikan penekanan oleh pihak kerajaan untuk diperkembangkan dan juga
diperluaskan penggunaannya di kalangan penduduk setempat. Pihak kerajaan sedar
akan kepentingan perkembangan tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan
telah mengeluarkan peruntukkan yang besar dalam RMK-8 dan juga RMK-9 serta
RMK-10. Di samping itu juga, frasarana dan juga infrastruktur giat dibangunkan
bagi memudahkan urusan perlaksanaan menyeluruh ke segenap tempat dan juga
kawasan. Kemudahan yang disediakan ini hanyalah suatu pembaziran sahaja
sekiranya ianya tidak dimanfaatkan dan tidak digunakan semaksimum yang mungkin
oleh setiap masyarakat.
7.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
Terdapat banyak kebaikan yang dapat dimanfaatkan dalam penggunaan e-dagang
berbanding perniagaan tradisional. Melalui rangkaian internet yang dapat
dicapai secara global, penjualan sesuatu produk dan perkhidmatan dapat
diberikan kepada ramai pelanggan. Tambahan pula, tidak kira sama ada perusahaan
besar atau perusahaan kecil dapat berhubung dengan pelanggan yang berada jauh
daripada pusat perniagaan tersebut. Antara faktor yang mendorong penggunaan
e-Dagang adalah kerana e-dagang bersifat global.
Oleh kerana e-Dagang merupakan sebuah perniagaan yang bersifat global dan
tidak mempunyai sempadan, sebarang bentuk perniagaan akan dapat memberi manfaat
sama ada kepada pengusaha mau pun kepada pengguna. Pengusaha dapat meluaskan
pasaran ke seluruh dunia manakala pengguna dapat memilih produk dan
perkhidmatan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Masyarakat umumnya
sedia maklum bahawa e-dagang membolehkan pembeli untuk membandingkan produk dan
harga yang ditawarkan oleh pesaing, yang mana ini secara tidak langsung telah
mewujudkan monopoli dalam kalangan pembeli (Jahanshahi et al., 2013).
Faktor yang
seterusnya ialah e-Dagang menjimatkan masa. Melalui capaian yang dilakukan
secara atas talian dapat menjimatkan masa. Ini adalah kerana e-Dagang
memainkan peranan unik di dalam pembangunan PKS memandangkan pelanggan tidak
perlu hadir ke kedai ataupun tempat perniagaan PKS untuk membuat pembelian
barang sekadar dengan menggunakan internet sahaja.
(Azilahwati, Syaharizad, dan Nurazlen, 2014).
Pelanggan dan Pengguna dapat membuat
perbandingan kualiti, harga dan tawaran yang menarik dengan hanya mencapai ke
pelbagai laman web yang dikehendaki. Pelanggan dapat membuat semakan sebelum
membuat sebarang pembelian dengan melihat kepada ulasan pembeli yang sebelumnya
di rungan komen yang disediakan. Dengan cara ini, pelanggan lebih berhati-hati
agar tidak membelanjakan wang mereka dengan sesuka hati. Ruangan komen yang
disediakan amat penting bagi mengelakkan pelanggan ditipu oleh peniaga yang
tidak bertanggungjawab.
8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhnya, e-dagang adalah
landasan perniagaan melalui Internet yang membawa pelbagai perubahan dalam
kehidupan masyarakat peniaga dan pengguna pada abad ini. Melalui e-dagang,
peniaga mempunyai peluang untuk memperolehi maklumat mengenai sesuatu produk
atau perkhidmatan yang berada di pasaran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
strategi pemasaran melalui laman web perlulah mempunya unsur fleksibel
memandangkan perubahan pasaran yang sentiasa berubah-ubah dan sukar diramalkan.
Selain
itu, konsep perniagaan e-dagang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam
dunia perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Perniagaan
yang berlandaskan kepada perkembangan pesat dalam industri teknologi maklumat
ini telah memberikan impak yang cukup baik terhadap perkembangan pesat dalam
bidang perniagaan. Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang
paling pantas sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu.
Industri IT adalah dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang daripada 20
tahun untuk berkembang.
Kejayaan
e-dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan sektor
awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakkan kekeliruan di
antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul
pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Peningkatan infrastruktur
komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan dan
peningkatan penggunaan aplikasi e-dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah
pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian
adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga
yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Disamping itu juga, perdagangan ini
mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di
Malaysia. Melalui e-dagang ini juga akan memperkenalkan cara dan gaya baru
dalam urusniaga. Oleh yang demikian, para peniaga harus bersedia dan merangka
polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang.
9.0 BIBLIOGRAFI
1. Berita
e-dagang dalam Bajet 2017
2. E-Dagang:
Kebaikan Dan Cabaran
3. Contoh
blog di akses pada 19 November 2016
4. Bernama,
29 Jun 2015
E-Dagang
: Satu konsep perniagaan baru. ( 2013 )
5. Perdagangan
Elektronik. Diakses pada 19 November 2016, daripada
6. Berita
Harian, 23 Mac : 10.
E-Dagang
dan perniagaan melalui internet. ( 2006)
10.0 LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment